~homemade tofu telur~

assalamualaikum...n slmt pg...

mlm td tlebih rajin...nak ternak togeh la..nak wat tofu la...layan pic ni eek..xbape come la maybe xcukup telur kot...tu rr derhake g..keh3 bukan ape..sayang nak gn telur byk2....takut xjadik...


ni baru kuo dari kukusan..panas g...

try wat sikit dulu kalu sedap leh wat g...rendam soya dulu semalaman..pg td..wat air soya n terus masuk bahan2 cam resipi..sumber dari mr Google bersama acik nuru...so hasilnye okla..xyah da nak berebut beli kat kedai..heheeee...jadikla kan wat mkn family kecik cam kami nih...sedap gak kalu wat sup sayo letak tafu ni kan..resipi cam kat wah ni...mtk izin tuan tanah ye..xngat blog sape...

Homemade Tofu telur (Egg Tofu) / Tofu Jepun (Japenese Tofu)
Baha-bahan:
1 Cawan kacang soya (direndam dalam air selama 10 jam & buang kulitnya)
2 Cawan air
4 Sudu besar stok udang
1 Sudu kecil garam
5 Biji telur

Cara menyediakan:
1. Blend kacang soya dengan 2 cawan air.
2. Tapis dan masak air soya hingga mendidih, padamkan api.
3. Masukkan garam dan sejukkan air soya.
4. Sementara menunggu air soya sejuk, alaskan loyang dengan plastic wrapper.
5. Setelah air soya sejuk, masukkan telur, stok udang & pukul hingga sebati .
6. Masukkan adunan dalam loyang, tutup loyang dengan alumunim foil atau kain.
7. Kukus adunan selama 30 minit.

TIPS:
-----> Stok udang: Beberapa ekor udang disiang dan dibersihkan tapi jangan buang kepalanya, direbus dengan sedikit air boleh dijadikan sebagai stok.
-----> Selain stok udang, boleh digantikan dengan stok pati ayam @ ikan bilis, tetapi sukatannya Cuma 1 sudu kecil
-----> Air untuk mengukus hendaklah di didihkan pada api yang kuat dan ditukarkan pada api yang paling perlahan ketika hendak mengukus adunan. Jika adunan dikukus pada api yang terlalu kuat, tekstur tofu akan tidak akan licin (gelembung dan berbuih).
-----> Resepi ni, lebih rasa soya dari telur jadi bagi yang suka pada rasa lebih telur, boleh tambahkan lagi sebiji telur.
-----> Tekstur tofu mengikut resepi ni adalah lembut, jika inginkan tofu yang bertekstur tidak mudah hancur, tambahkan 1 sudu besar tepung jagung pada adunan.
-----> Pastikan telur dibuang pusatnya dan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam adunan, tujuannya supaya tofu tidak berbau hanyir dan tekstur tofu licin.
-----> Loyang perlu dialas dengan plastik wrapper untuk mengelakkan tofu melekat pada loyang.

1 comment:

znurul said...

hehe..demam tofu telur..

"Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa" ( Hamka ).